Sabtu, 1 Februari 2014

madah kata

MADAH KATA
  1.  “Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.”
  2. “Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.”
  3. “Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.”
  4. “Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.”
  5. “Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.”
  6. “Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.”
  7. “Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak.”
  8. “Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.”
  9. “Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.”
  10. “Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan”.
  11. “Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri.”
  12. “Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.”
  13. “Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
  14. “Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam itu lebih baik daripada bercakap perkara yang merapu.”
  15. “Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh berliku.”
  16. “Yang ada, yang banyaknya orang yang berkokok banyak, buatnya sikit, canangnya lebih.”
  17. “Jangan cakap je, tapi buat, jangan buat je langsung tak bercakap.”
  18. “Baju cantik hanya sesuai untuk orang yang kemas.”
  19. “Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan adalah doa yang panjang dan berterusan yang sentiasa dipanjatkan pada-NYA.”
  20. “Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah.”
  21. “Biar azab kurang makan daripada azab terlebih makan.”
  22. “Usahkan bulan, kalau nak matahari pun sanggup didekati. Usahkan badan sendiri, kalau tak nak dibiarkan berdaki.”
  23. “Harimau yang mengaum itu tak makan orang, tapi kalau sebulan tak makan dibahamnya juga.”
  24. “Bertenang itu kepintaran, kelam-kabut itu kebonggokan.”
  25. “Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.”
  26. “Kalau nak tahu kita ni pendek ke tinggi, tengoklah orang yang lebih pendek, tentu kita nampak tinggi.”
  27. “Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur.”
  28. “Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai tu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.”
  29. “Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.”
  30. “Orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga hari tiga malam, tapi orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan.”
  31. “Kalau kita tak dapat buktikan kejayaan kita dalam bentuk benda itu belumlah lagi kejayaan namanya.”
  32. “Kuli batak yang gaji kadang-kadang tak cukup itu lebih mulia daripada tauke besar yang EPF pekerjanya pun dia sapu.”

1 ulasan: