Ahad, 2 Februari 2014

Ari ni nak throwback scene2 yg lepas....scene yang sgt menarik utk tatapanku dan sentiasa berada dlm sanubariku....


"I nak kita kahwin." "No."
"You yang cari pasal. You yang mengaku kandungkan anak I. Satu Malaysia dah tahu. Mestilah I kene bertanggungjawab!"
"I tak nak kahwin dengan you!" #arianarose


WINTER WEDDING

X sabar nak tggu winter  wedding idaman Ariana Rose..nampaknya pengarah betul2 merealiisasikan wedding tersebut mcm  real winter wedding...


Demi cinta pada Ariana Rose,Adam sanggup berubah,,,

 Adam sanggup berubah demi Ariana...bagi aku perubahan Adam ini adalah kerana dia ingin berubah kejalan yg lebih baik dan dia terlalu sayangkan Ariana...Ariana adalah segalanya utk Adam,,dia sanggup menjatuhkan egonya sndri semata2 cintanya pada Ariana...sedangkan sebelum ini hanya pangkat dan darjat yg meletakkan keegoan diri Adam...begitu hebat penangan cintanya utk gadis pujaan beliau..Ariana rasa terharu dan sebak Adam sanggup berlutut untuk menyatakan keikhlasannya utk memperisterikan Ariana..Tapi,SAYANGNYA Adam sudah terlambat....Ariana sudah pon bertunang...dan tunangnya adalah Tengku ADAM Kamil itu sendiri,,tanpa diketahui Adam dan Ariana..perancangan Allah swt tiada siapa yg tahu kan...kalau dah jodoh tu tak kemana..dalam episod ini,perkataan Take Care yang dituturkan Adam paling ku rasa sgt ikhlass dari lubuk hati Adam...seriuss mmg sebakk sgt tengok episod ni....

Tuah tahun kuda keithfoo dan fathia


  • Keith Foo, Nur Fathia kejar impian dalam kerjaya, belum sedia lepas status bujang

  • Dua wajah ini bukanlah asing dalam dunia seni tempatan. Namun, hakikatnya bakat dua pelakon itu tidak dicanang hinggalah mereka ditemukan dalam drama ‘meledak’ yang disiarkan TV3 berjudul Ariana Rose.

  • Mengaku impak hebat drama bersiri itu, Keith Foo dan Nur Fathia berharap karya yang diadaptasi daripada novel popular itu menjadi batu loncatan untuk mereka lebih dikenali.
  • Dek serasi menjiwai watak Tengku Adam Kamil dan Ariana Rose, nama dua tonggak utama ini menjadi sebutan peminat. Digandingkan bersama dalam sesi fotografi di butik milik pereka fesyen terkenal, Calvin Thoo sempena edisi khas Tahun Baharu Cina, keserasian mereka jelas tergambar.
  • PETIKAN DARI BERITA HARIAN 31/1/2014  

Ramai tidak sedar fibroid rahim

Ramai tidak sedar fibroid rahim


KEKERAPAN ketumbuhan fibroid di rahim dan pangkal rahim biasanya 40 peratus pada wanita terutama pada usia subur atau boleh hamil. Seramai 40 peratus wanita dengan fibroid tidak menghadapi sebarang masalah dan tiga perempat wanita yang mempunyai fibroid tidak menyedarinya kerana tidak mempunyai sebarang tanda atau kesakitan.

Pakar Runding Obsetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran berkata, biasanya doktor hanya dapat mengesan melalui ujian pelvik atau ultrasound. Ini berlaku apabila pesakit mengadu kedatangan haid yang luar biasa banyak atau berterusan lama," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Menurut beliau, fibroid boleh berlaku di pelbagai tempat seperti dalam rahim, luar rahim serta pangkal rahim.
Fibroid bukan kanser dan hanya satu dalam 3,000 kes yang menjadi penyebab kanser kecuali ia sememangnya kanser," katanya.

Fibroid boleh berlaku sama ada dalam satu biji yang besar atau beberapa biji yang kecil tetapi dalam bilangan yang banyak. Biasanya fibroid yang tidak mengganggu pesakit akan dibiarkan saja tetapi saiznya yang semakin membesar dan keras seperti guli kapur menyebabkan pesakit tidak selesa.

Dr. Dharmini berkata, simptom fibroid bergantung kepada kedudukannya.

Misalnya terdapat pesakit yang mengalami darah haid yang banyak dan berterusan lebih daripada tujuh hari, sakit di bahagian ari-ari, kerap kencing, sukar kencing, sembelit dan sakit pinggang. Fibroid di bahagian luar rahim biasanya menyebabkan haid yang berpanjangan," katanya.

Pesakit yang mengalami sakit di bahagian ari-ari, haid yang banyak dan sakit apabila melakukan hubungan intim sepatutnya mendapatkan rawatan doktor. Ini kerana biasanya wanita yang mengalami fibroid rahim tidak mengalami sebarang kesakitan dan 75 peratus daripada mereka tidak mengetahuinya.

Biasanya fibroid akan mengecut apabila wanita mengalami fasa menopaus mungkin kerana pada peringkat itu hormon tidak aktif," katanya.

Wanita yang hamil dengan fibroid akan mengalami sakit di bahagian rahim menyebabkan keguguran atau bersalin bayi tidak matang kerana rahim mereka tidak boleh berkembang. Biasanya ibu yang mempunyai fibroid di rahim biasanya dinasihatkan bersalin secara pembedahan kerana bayi akan bersaing untuk ruang dengan fibroid.

Pakar perubatan biasanya akan memberikan penerangan terperinci kepada pasangan yang mempunyai fibroid.
Ibu akan dinasihatkan agar berehat di rumah hingga cukup bulan," katanya.

Bagaimanapun pembedahan membuang fibroid tidak boleh dilakukan semasa proses bersalin tetapi enam bulan selepas itu. Ini kerana ketika proses bersalin, keadaan rahim yang kembang dan kaya dengan salur darah menyebabkan risiko pendarahan.

Ini akan menyebabkan risiko rahim rosak dan perlu dibuang," katanya.

Mengenai rawatan, Dr. Dharmini berkata, tidak terdapat ubat untuk mencairkan fibroid seratus peratus.
Bagaimanapun terdapat ubat suntikan untuk mengecutkan fibroid sementara dengan memberikan ubat untuk menyebabkan menopaus sementara biasanya selama enam bulan.

Biasanya pesakit mendapat rawatan kerana pendarahan yang teruk akibat fibroid yang besar dan mereka yang memerlukan pemindahan darah.

Pesakit akan diberikan ubat untuk menopaus sementara selama enam bulan dan ubat menambah hemoglobin dalam darah," katanya.

Bagaimanapun fibroid yang besar memerlukan pembedahan antara 10 hingga 20 sentimeter.
Jika fibroid bersaiz kecil ia boleh dikeluarkan melalui pembedahan kecil," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan fibroid tumbuh kembali, katanya, benih yang ada menyebabkan risiko tumbuh memang ada. Dr. Dharmini berkata, kini banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk mengecutkan fibroid tanpa memberikan kesan sampingan kepada rahim.

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN nisa.sulaiman@utusan.com.my

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130602/kn_03/Ramai-tidak-sedar-fibroid-rahim#ixzz2VmRNueLT  © Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 1 Februari 2014

madah kata

MADAH KATA
  1.  “Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.”
  2. “Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.”
  3. “Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.”
  4. “Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.”
  5. “Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.”
  6. “Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.”
  7. “Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak.”
  8. “Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.”
  9. “Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.”
  10. “Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan”.
  11. “Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri.”
  12. “Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.”
  13. “Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
  14. “Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam itu lebih baik daripada bercakap perkara yang merapu.”
  15. “Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh berliku.”
  16. “Yang ada, yang banyaknya orang yang berkokok banyak, buatnya sikit, canangnya lebih.”
  17. “Jangan cakap je, tapi buat, jangan buat je langsung tak bercakap.”
  18. “Baju cantik hanya sesuai untuk orang yang kemas.”
  19. “Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan adalah doa yang panjang dan berterusan yang sentiasa dipanjatkan pada-NYA.”
  20. “Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah.”
  21. “Biar azab kurang makan daripada azab terlebih makan.”
  22. “Usahkan bulan, kalau nak matahari pun sanggup didekati. Usahkan badan sendiri, kalau tak nak dibiarkan berdaki.”
  23. “Harimau yang mengaum itu tak makan orang, tapi kalau sebulan tak makan dibahamnya juga.”
  24. “Bertenang itu kepintaran, kelam-kabut itu kebonggokan.”
  25. “Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.”
  26. “Kalau nak tahu kita ni pendek ke tinggi, tengoklah orang yang lebih pendek, tentu kita nampak tinggi.”
  27. “Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur.”
  28. “Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai tu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.”
  29. “Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.”
  30. “Orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga hari tiga malam, tapi orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan.”
  31. “Kalau kita tak dapat buktikan kejayaan kita dalam bentuk benda itu belumlah lagi kejayaan namanya.”
  32. “Kuli batak yang gaji kadang-kadang tak cukup itu lebih mulia daripada tauke besar yang EPF pekerjanya pun dia sapu.”

Perkara yang boleh dibuat dikala bosan

Assalammualaikum
Anda bosan? Tak tahu nak buat apa? Biasanya, bagi yang penganggur di rumah tu mudah nak rasa bosan kan.. Tidak mengapa, itu perkara biasa saja. Sambil-sambil tengah tunggu temuduga atau panggilan bekerja, ada boleh luangkan masa untuk perkara yang lain.
Sebenarnya banyak perkara yang kita boleh buat, tapi antara mahu atau tidak saja. :)
Antaranya ialah:
  • Menulis – Kalau anda suka menulis, apa salahnya anda menulis coretan anda sendiri. Anda boleh buat blog sendiri, menulis hasil sendiri boleh memberikan kepuasan seolah-olah kita sedang bekerja. Tulislah suatu yang bermanfaat dan menarik perhatian orang ramai. Antaranya anda boleh menulis artikel berkaitan teknologi, cerpen, melancong dan sebagainya.
  • Melancong – Jika anda ada simpanan lebih, boleh la melancong ke kawasan yang berdekatan. Saja cuci mata dan melihat pemandangan. Manalah tahu dari situ kita boleh dapat ilham kan?
  • Tolong ibu bapa - Masa kelapangan ini lah kita boleh bantu ibu dan ayah kita kat rumah. Nanti sudah sibuk, masa anda akan terbatas. Jadi manfaatkan lah untuk buat apa yang patut. Tapi ingat, jangan pula sampai lupa keluarga ketika sibuk bekerja :)
  • Lakukan apa yang anda minat – Anda mesti ada hobi kan? So kalau bosan tu, boleh la lakukan atau menatap hobi-hobi anda tu ^^
  • Cari pendapatan sampingan – Tiada yang mustahil dalam dunia ini. Meskipun anda menganggur, ana boleh cari duit sampingan. Contohnya, menulis pun boleh jana pendapatan. Banyak lagi bisnes yang boleh dibuat melalui online tapi pastikan ia betul bukan scammer.
Redha Dengan Ketentuan Allah
Selain dari melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya,
setiap orang mukmin hendaklah redha dengan segala apa yang telah ditentukan
oleh Allah swt. Mereka hendaklah redha dengan hukum-hukum yang telah
ditetapkan olehNya. Dalam hal ini Allah berfirman:
“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan
yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan,
akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka.”  (Al Ahzab :
36 )Di samping itu setiap mukmin hendaklah redha dengan apa-apa yang telah ditakdirkan Allah kepadanya. Firman Allah: 
“Dan janganlah kamu irihati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada
sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi
orang-orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan
bagi wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”  (An-Nisaa’ : 32)
Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tidak ada yang sempurna keinginan mereka. Ada yang kaya dan ada yang miskin; ada yang bijak dan ada juga yang tidak bijak. Ada pula yang datangnya dari keluarga
yang bahagia, mendapat layanan yang sebaik-baiknya daripada ibubapa ataupun anak-anak serta anggota keluarga yang lain. Sebaliknya ada juga manusia yang berasal dari keluarga yang kucau-kacir yang sering memeningkan kepalanya. Di samping itu ada berbagai perkara memuaskan yang dimiliki oleh sebahagian manusia yang tidak dipunyai oleh sebahagian yang lain. Walau bagaimanapun setiap daripada orang mukmin hendaklah redha dengan setiap apa yang dimilikinya. 
Selain dari itu setiap mukmin juga hendaklah redha dengan bala musibah yang
diujikan kepada mereka. Sememangnya bala musibah sering menimpa orang-orang yang sedang berjalan menuju Allah. Ianya merupakan ujian ke atas seseorang insan, atau sebagai kaffarah dosa, atau sebagai penambah amalnya. Mungkin juga ujian itu sebagai peringatan kepadanya agar segera berhubung dengan Allah. Alangkah sempitnya akal seseorang insan sehingga tidak memahami adanya hikmah dan rahmat kurnia Allah dalam bala musibah itu. Tentunya itu kerana lemah keimanan dan tidak ada baik sangka terhadap Allah swt yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Bukankah seorang yang menuntut kemuliaan dari Allah harus tidak tahu
bersungut dan terlalu cerewet dengan takdir yang telah ditentukan kepadanya?
Dia harus menerimanya dengan hati yang tenang dan redha, tidak kira apa
sahaja corak takdir yang menimpa. Bukankah Allah swt telah berfirman:
“Setiap yang berjiwa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan
keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan hanya kepada Kamilah kamu
dikembalikan.”  (Al Anbiyaa’ : 35)
“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu.”
(Muhammad : 31)
Sekiranya kita tidak bersabar dan redha sebaliknya memberontak dan berpaling
di saat mendapat bala musibah tetapi menerima kenikmatan dengan tamak dan
rakus maka jelaslah perihal diri kita terhadap diri sendiri. Betapa lemahnya
benteng keimanan lantaran tidak teguh di dalam menghadapi ujian sedemikian.
Seandainya kita bersabar dan redha maka itulah sifat yang amat
dicita-citakan. Dalam hal ini Allah swt di dalam Al-Quran berfirman:


“Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang
yang sabar dan tidak dianugerah melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.”
(Fushshilat : 35)
Hanya orang yang sabar dan redha dengan ujian Allah sahajalah yang akan
berjaya di dalam perjalanan ini. Mereka sering mendapat kelebihan kurnia dan
kebesaran daripada Allah pada saat-saat bala musibah itu, yang kadang-kadang
tidak bisa didapati dengan sembahyang dan puasa.

sahabat sejati kekalkan ukhwah bersama

Sahabat yang sejati ibarat tangan dan mata apabila tangan sakit ,mata akan menangis dan apabila mata menangis,tangan akan menyesat air matanya begitulah perumpamaan sahabat yang menjadi teman kita disaat suka dan duka..
Didunia ini semua adalah kawan dan saudara kita tetapi sahabat adalah 1diantara 1000.sahabat begitu sukar dicari dan kita mungkin terlepas pandang daripadanya sekiranya kita tidak menilai dengan mata hati kita  jangan pandang kesalahan orang kerana tidak ada manusia yang sempurna ,kebaikan dia adalah terlebih penting daripada kekurangan yang dia miliki .
Fahamlah wahai si pembaca ,persahabatan itu adalah penting dan begitu menilai .Apa gunanya sahabat sekirannya masalah yang kita hadapi tidak dikongsi bersama ,apa gunanya sahabat  sekiranya dia tidak sudi mendengar masalah kita ..Walaupun dia tidak dapat hendak selesaikan masalah kita ,tetapi dia sudi berkongsi rasa duka yang ditanggung sendiri oleh hatimu.
Tatkala hatimu terasa lara ,dialah yang menyirami hatimu dengan harapan dan kegirangan ,tatkala yang meniupkan semangat,tatkala tiada seorang pun yang sudi mendengar masalahmu dialah yang menjadi tempatmu meluahkan ..Begitulah ciri-ciri sahabat yang perlu dicari ,Walaupun dia tersasar di tengah–tengah lautan, hulurkanlah bantuan kerana dia adalah 1 dalam 1000.kita perlu menjadi cerewat dalam memilih sahabat kerana dia adalah sumber inspirasi hidup kita.

Bagaimana Hadzrat Abu Bakar R.A.H.U menjadi sahabat yang sejati kepada Nabi Muhammad S.A.W .Beliau menemani Nabi Muhammad S.A.W ketika turunnya perintah Allah supaya berhijrah ke madinah akibat penyeksaan orang musyrikin terhadap orang-orang islam di kota mekkah walaupun penghijrahan tersebut mengambil masa beberapa hari yang lama tetapi Hadzrat Abu Bakar R.A.H.U tetap setia disamping Rasul yang mulia.
Alangkah sepinya hidup ini tanpa senyum ,gelak ketawa ..Alangkah kosongnya hidup ini tanpa kenangan untuk di kenang..Alangkah malapnya hatimu tanpa dorongan  dan semangat insan yang bernama sahabat ..Akhir kata hamba yang lemah ini…syukurilah dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan Yang Maha Luas kurniaanya kerana dia yang lebih tahu tentang segala yang ada di muka buminya.

Kerana Selembar Bulu Mata, Kita Ke Syurga


air-mata-membawa-ke-syurga1
Assalamualaikum,
Semoga kisah ini memberi iktibar dan kesedaran kepada kita yang banyak
dosa ini... Selembar Bulu Mata…Diceritakan di Hari Pembalasan kelak,
ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah,
mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat.Tetapi dia
berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar.
Saya tidak melakukan semua itu.""Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau
betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab
malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap
penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg
sedang berdiri.
Di situ hanya ada dia sendirian.Makanya ia pun
menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tidak ada
siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu,"ujar malaikat.
Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi." Disusul oleh
telinga,"Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya
yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah,
"Saya yang mengisap." Tangan meneruskan,"Saya yang meraba dan meremas.
" Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan." "Nah kalau
kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang
perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.Orang tersebut tidak dapat membuka
sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi
bakal dimasukkan ke dalam jahanam.Padahal,rasa-rasanya ia telah
terbebas dari tuduhan dosa itu.



Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu,
sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu
matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi.
""Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja,menjelang ajalnya,
pada suatu tengah malam yg lengang,aku pernah dibasahinya dengan air
mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah
nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian
bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air
matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka
saya, selembar bulu matanya,berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah
melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.
" Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di
bebaskandari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar
suara bergaungkepada para penghuni syurga: "Lihatlah, Hamba Tuhan
ini masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu mata."

Cara Menghadapi Situasi Orang Sakit Nazak

Orang-Sakit-Nazak
Pendahuluan
Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.
Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.
Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya.
Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.
Sejajar dengan itu maka terbitlah risalah kecil ini bagi memberikan sedikit bimbingan dan panduan. Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti.
Dengan adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.
Melawat Orang Yang Sakit
Hadis Rasulullah saw bersabda mafhumnya :
“Apabila kamu ziarahi orang sakit atau orang yang hampir mati, hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik, kerana sesungguhnya Malaikat mengucap Amin terhadap apa yang kamu katakan itu.”
Hukum melawat orang sakit
Adalah fardhu kifayah melawat orang yang sakit menurut jumhur pendapat ulamak. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra mafhumnya :
“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin”. (Hadith Riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Adab Menziarahi Pesakit
1. Lawatan ke tempat orang sakit hendaklah tidak makan masa yang lama.
2. Sunat duduk berhampiran dengan kepalanya.
3. Berdoalah untuk pesakit agar dia sembuh. Di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah : Bahawa Rasulullah saw biasa memohon perlindungan bagi sebahagian keluarga baginda. Disapukan dengan tangan kanannya lalu berkata : “Ya Allah wahai tuhan bagi sekelian manusia, lenyapkanlah penderitaan dan sembuhkanlah, kerana engkau yang dapat menyembuhkan. Tidak ada penyembuh kecuali penyembuhmu. Yakni penyembuh yang tidak meninggalkan penyakit lagi”.
4. Berilah kata-kata semangat kepada orang yang sakit dan gembirakan dia.
5. Menziarahi di waktu-waktu yang sesuai serta mengelakkan daripada waktu-waktu senja, makan dan lewat malam.
6. Sekiranya ia berhutang segera jelaskan hutangnya (mengingatinya).
Tanda-tanda Orang Yang Hampir Ajal
1. Tunduk hidungnya (hidungnya jatuh).
2. Pucat/hilang cahaya mukanya.
3. Lurus kakinya (lurus tapak kakinya).
4. Tumitnya lembut.
5. Renggang pergelangan tangannya dan juga sendi-sendinya.
Adab Menziarahi Orang Yang Hampir ajal (sedang nazak)
1. Menghalakan pesakit yang nazak ke arah kiblat.
2. Talqin/peringatan kepadanya.
3. Ajarkan dia mengucap kalimah لا اله الا الله tidak usah ditambah dengan kalimah محمد رسول الله .
4. Bacalah Surah Yasin dengan nyaring dan Surah Ar-Ra’du dengan perlahan.
5. Sunat menitiskan air ke dalam mulut sekiranya terdapat tanda-tanda pesakit dahaga.
Hikmah Menziarahi Orang Sakit
Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya ialah :
1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.
2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah.
3. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan samada secara sedar ataupun tidak.
Kedatangan Sakaratul Maut
Rasulullah saw bersabda mafhumnya :
“Tidak akan keluar nyawa seseorang mukmin sebelum ia melihat tempatnya dalam syurga dan tidak keluar nyawa seseorang kafir sebelum dia melihat tempatnya di dalam neraka”.
Beredar Roh Pada Jasad
1. Hujung kaki ke lutut.
2. Lutut ke pusat.
3. Pusat ke dada.
4. Dada ke leher (halkum).
Keadaan Malaikat Maut Ketika Mencabut Nyawa
Keadaan Malaikat Maut terhadap orang yang sudah sampai masanya menemui Allah swt akan menemui 2 keadaan :
1. Yang beriman (keadaannya dengan rupa yang mengembirakan).
2. Yang tidak beriman (keadaannya dengan rupa yang menakutkan dengan keadaan demikian kesakitan orang yang hampir mati tidak dapat dirasai oleh orang lain melaikan kepada mereka yang merasainya sahaja.
3. Beberapa ulamak berpendapat : “Bahawa mati itu terlebih sangat kesakitannya daripada seribu palu dengan pedang dan terlebih sakit daripada gergaji dengan beberapa gergajinya dan terlebih sakit daripada gunting dengan beberapa gunting”.
Perkara Sunat Selepas Kematian.
1. Mengingati tempat kembali, berdoa dan bersabar.
2. Sunat diucapkan : “Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadanya kita akan dikembalikan”.
3. Memberi ucapan takziyah (menyabar) menghibur orang yang ditimpa musibah dengan mengebut hal-hal yang dapat menghilangkan duka. Doa Takziyah : “Moga-moga Allah swt menagndakan pahalamu dan memberi takziyah yang baik kepadamu serta mengampunkan yang mati itu”.
4. Apabila sudah hilang nyawa wajiblah dipejamkan matanya dan dirapatkan mulutnya jika terbuka, dengan cermat. Kemudian diikatkan dagunya untuk memelihara daripada dimasuki serangga. Doanya ialah : “Ya Allah Ya Tuhan kami ampunkanlah dia, Ya Allah Ya Tuhan kami rahmatilah dia”.
5. Hendaklah diletakkan mayat di tempat yang sesuai. Sebaik-baiknya di atas katil dengan keadaan melentang mengarah ke qiblat.
6. Salinkan pakaian yang dipakai dengan pakaian yang bersih supaya tidak terbuka auratnya.
7. Letakkan sesuatu di atas perut untuk mengelak dari kembong perutnya.
8. Harus bagi ahli keluarganya menciumnya (ijmak para sahabat).
9. Ahli keluarga yang mampu segera tunaikan hutang si mati sekiranya ia menangguhkan hutang, sama ada dibayar dari harta peninggalan si mati atau atas pertolongan waris, kerana pada suatu ketika Rasulullah saw enggan menyembahyang ke atas jenazah yang mempunyai hutang sehingga dibayar hutangnya dan ditunaikan wasiatnya.
10. Segerakan pengurusan jenazah tersebut. Dari Ali Bin Abi Talib, Sabda Rasulullah saw mahfumnya : “Wahai Ali tiga perkara yang tidak boleh engkau lambatkan, sembahyang apabila masuk waktunya, kebumikan jenazah apabila sudah sedia dan nikahkan anak dara apabila ada jodohnya”.
11. Mengumumkan kematiannya, kepada sahabat handai dan golongan orang-orang yang soleh agar segera menguruskannya.
12. Diharamkan ratapan, meraung, menjerit dan diharuskan menangis.
13. Diharamkan berkabung melebihi tiga hari.
Sunat Menyediakan Makanan Bagi Keluarga Yang Meninggal
Perbuatan ini disunatkan, kerana ia merupakan kewajipan dan pendekatan diri kepada keluarga mayat dan tetangga. Berkata Imam Syafi’e : “Sebaiknya dibuat makanan buat keluarga mayat cukup untuk mengenyangkan mereka selama satu hari satu malam, kerana itu adalah sunat dan merupakan perbuatan orang yang berbudi”. Sabda Rasulullah saw :
“Buatkanlah makanan bagi keluarga Ja’afar, kerana mereka sedang ditimpa musibah yang memilukan”. (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Turmizi)
Para Imam memandang makruh hukumnya jika keluarga mayat menyediakan makanan buat orang yang datang kerana hal ini menambahkan kemalangan mereka, serta meniru perbuatan orang-orang Jahiliah.
Adalah menjadi kewajipan ke atas ahli keluarganya yang terdekat (warisnya) untuk menguruskan jenazah. Seperti memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan menguburkan jenazah mengikut peraturan-peraturan dan cara-cara yang telah ditetapkan oleh syarak.