Ahad, 2 Februari 2014

Ari ni nak throwback scene2 yg lepas....scene yang sgt menarik utk tatapanku dan sentiasa berada dlm sanubariku....


"I nak kita kahwin." "No."
"You yang cari pasal. You yang mengaku kandungkan anak I. Satu Malaysia dah tahu. Mestilah I kene bertanggungjawab!"
"I tak nak kahwin dengan you!" #arianarose


WINTER WEDDING

X sabar nak tggu winter  wedding idaman Ariana Rose..nampaknya pengarah betul2 merealiisasikan wedding tersebut mcm  real winter wedding...


Demi cinta pada Ariana Rose,Adam sanggup berubah,,,

 Adam sanggup berubah demi Ariana...bagi aku perubahan Adam ini adalah kerana dia ingin berubah kejalan yg lebih baik dan dia terlalu sayangkan Ariana...Ariana adalah segalanya utk Adam,,dia sanggup menjatuhkan egonya sndri semata2 cintanya pada Ariana...sedangkan sebelum ini hanya pangkat dan darjat yg meletakkan keegoan diri Adam...begitu hebat penangan cintanya utk gadis pujaan beliau..Ariana rasa terharu dan sebak Adam sanggup berlutut untuk menyatakan keikhlasannya utk memperisterikan Ariana..Tapi,SAYANGNYA Adam sudah terlambat....Ariana sudah pon bertunang...dan tunangnya adalah Tengku ADAM Kamil itu sendiri,,tanpa diketahui Adam dan Ariana..perancangan Allah swt tiada siapa yg tahu kan...kalau dah jodoh tu tak kemana..dalam episod ini,perkataan Take Care yang dituturkan Adam paling ku rasa sgt ikhlass dari lubuk hati Adam...seriuss mmg sebakk sgt tengok episod ni....

Tuah tahun kuda keithfoo dan fathia


  • Keith Foo, Nur Fathia kejar impian dalam kerjaya, belum sedia lepas status bujang

  • Dua wajah ini bukanlah asing dalam dunia seni tempatan. Namun, hakikatnya bakat dua pelakon itu tidak dicanang hinggalah mereka ditemukan dalam drama ‘meledak’ yang disiarkan TV3 berjudul Ariana Rose.

  • Mengaku impak hebat drama bersiri itu, Keith Foo dan Nur Fathia berharap karya yang diadaptasi daripada novel popular itu menjadi batu loncatan untuk mereka lebih dikenali.
  • Dek serasi menjiwai watak Tengku Adam Kamil dan Ariana Rose, nama dua tonggak utama ini menjadi sebutan peminat. Digandingkan bersama dalam sesi fotografi di butik milik pereka fesyen terkenal, Calvin Thoo sempena edisi khas Tahun Baharu Cina, keserasian mereka jelas tergambar.
  • PETIKAN DARI BERITA HARIAN 31/1/2014  

Ramai tidak sedar fibroid rahim

Ramai tidak sedar fibroid rahim


KEKERAPAN ketumbuhan fibroid di rahim dan pangkal rahim biasanya 40 peratus pada wanita terutama pada usia subur atau boleh hamil. Seramai 40 peratus wanita dengan fibroid tidak menghadapi sebarang masalah dan tiga perempat wanita yang mempunyai fibroid tidak menyedarinya kerana tidak mempunyai sebarang tanda atau kesakitan.

Pakar Runding Obsetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran berkata, biasanya doktor hanya dapat mengesan melalui ujian pelvik atau ultrasound. Ini berlaku apabila pesakit mengadu kedatangan haid yang luar biasa banyak atau berterusan lama," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Menurut beliau, fibroid boleh berlaku di pelbagai tempat seperti dalam rahim, luar rahim serta pangkal rahim.
Fibroid bukan kanser dan hanya satu dalam 3,000 kes yang menjadi penyebab kanser kecuali ia sememangnya kanser," katanya.

Fibroid boleh berlaku sama ada dalam satu biji yang besar atau beberapa biji yang kecil tetapi dalam bilangan yang banyak. Biasanya fibroid yang tidak mengganggu pesakit akan dibiarkan saja tetapi saiznya yang semakin membesar dan keras seperti guli kapur menyebabkan pesakit tidak selesa.

Dr. Dharmini berkata, simptom fibroid bergantung kepada kedudukannya.

Misalnya terdapat pesakit yang mengalami darah haid yang banyak dan berterusan lebih daripada tujuh hari, sakit di bahagian ari-ari, kerap kencing, sukar kencing, sembelit dan sakit pinggang. Fibroid di bahagian luar rahim biasanya menyebabkan haid yang berpanjangan," katanya.

Pesakit yang mengalami sakit di bahagian ari-ari, haid yang banyak dan sakit apabila melakukan hubungan intim sepatutnya mendapatkan rawatan doktor. Ini kerana biasanya wanita yang mengalami fibroid rahim tidak mengalami sebarang kesakitan dan 75 peratus daripada mereka tidak mengetahuinya.

Biasanya fibroid akan mengecut apabila wanita mengalami fasa menopaus mungkin kerana pada peringkat itu hormon tidak aktif," katanya.

Wanita yang hamil dengan fibroid akan mengalami sakit di bahagian rahim menyebabkan keguguran atau bersalin bayi tidak matang kerana rahim mereka tidak boleh berkembang. Biasanya ibu yang mempunyai fibroid di rahim biasanya dinasihatkan bersalin secara pembedahan kerana bayi akan bersaing untuk ruang dengan fibroid.

Pakar perubatan biasanya akan memberikan penerangan terperinci kepada pasangan yang mempunyai fibroid.
Ibu akan dinasihatkan agar berehat di rumah hingga cukup bulan," katanya.

Bagaimanapun pembedahan membuang fibroid tidak boleh dilakukan semasa proses bersalin tetapi enam bulan selepas itu. Ini kerana ketika proses bersalin, keadaan rahim yang kembang dan kaya dengan salur darah menyebabkan risiko pendarahan.

Ini akan menyebabkan risiko rahim rosak dan perlu dibuang," katanya.

Mengenai rawatan, Dr. Dharmini berkata, tidak terdapat ubat untuk mencairkan fibroid seratus peratus.
Bagaimanapun terdapat ubat suntikan untuk mengecutkan fibroid sementara dengan memberikan ubat untuk menyebabkan menopaus sementara biasanya selama enam bulan.

Biasanya pesakit mendapat rawatan kerana pendarahan yang teruk akibat fibroid yang besar dan mereka yang memerlukan pemindahan darah.

Pesakit akan diberikan ubat untuk menopaus sementara selama enam bulan dan ubat menambah hemoglobin dalam darah," katanya.

Bagaimanapun fibroid yang besar memerlukan pembedahan antara 10 hingga 20 sentimeter.
Jika fibroid bersaiz kecil ia boleh dikeluarkan melalui pembedahan kecil," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan fibroid tumbuh kembali, katanya, benih yang ada menyebabkan risiko tumbuh memang ada. Dr. Dharmini berkata, kini banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk mengecutkan fibroid tanpa memberikan kesan sampingan kepada rahim.

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN nisa.sulaiman@utusan.com.my

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130602/kn_03/Ramai-tidak-sedar-fibroid-rahim#ixzz2VmRNueLT  © Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 1 Februari 2014

madah kata

MADAH KATA
  1.  “Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.”
  2. “Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.”
  3. “Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.”
  4. “Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.”
  5. “Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.”
  6. “Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.”
  7. “Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak.”
  8. “Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.”
  9. “Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.”
  10. “Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan”.
  11. “Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri.”
  12. “Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.”
  13. “Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
  14. “Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam itu lebih baik daripada bercakap perkara yang merapu.”
  15. “Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh berliku.”
  16. “Yang ada, yang banyaknya orang yang berkokok banyak, buatnya sikit, canangnya lebih.”
  17. “Jangan cakap je, tapi buat, jangan buat je langsung tak bercakap.”
  18. “Baju cantik hanya sesuai untuk orang yang kemas.”
  19. “Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan adalah doa yang panjang dan berterusan yang sentiasa dipanjatkan pada-NYA.”
  20. “Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah.”
  21. “Biar azab kurang makan daripada azab terlebih makan.”
  22. “Usahkan bulan, kalau nak matahari pun sanggup didekati. Usahkan badan sendiri, kalau tak nak dibiarkan berdaki.”
  23. “Harimau yang mengaum itu tak makan orang, tapi kalau sebulan tak makan dibahamnya juga.”
  24. “Bertenang itu kepintaran, kelam-kabut itu kebonggokan.”
  25. “Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.”
  26. “Kalau nak tahu kita ni pendek ke tinggi, tengoklah orang yang lebih pendek, tentu kita nampak tinggi.”
  27. “Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur.”
  28. “Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai tu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.”
  29. “Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.”
  30. “Orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga hari tiga malam, tapi orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan.”
  31. “Kalau kita tak dapat buktikan kejayaan kita dalam bentuk benda itu belumlah lagi kejayaan namanya.”
  32. “Kuli batak yang gaji kadang-kadang tak cukup itu lebih mulia daripada tauke besar yang EPF pekerjanya pun dia sapu.”

Perkara yang boleh dibuat dikala bosan

Assalammualaikum
Anda bosan? Tak tahu nak buat apa? Biasanya, bagi yang penganggur di rumah tu mudah nak rasa bosan kan.. Tidak mengapa, itu perkara biasa saja. Sambil-sambil tengah tunggu temuduga atau panggilan bekerja, ada boleh luangkan masa untuk perkara yang lain.
Sebenarnya banyak perkara yang kita boleh buat, tapi antara mahu atau tidak saja. :)
Antaranya ialah:
  • Menulis – Kalau anda suka menulis, apa salahnya anda menulis coretan anda sendiri. Anda boleh buat blog sendiri, menulis hasil sendiri boleh memberikan kepuasan seolah-olah kita sedang bekerja. Tulislah suatu yang bermanfaat dan menarik perhatian orang ramai. Antaranya anda boleh menulis artikel berkaitan teknologi, cerpen, melancong dan sebagainya.
  • Melancong – Jika anda ada simpanan lebih, boleh la melancong ke kawasan yang berdekatan. Saja cuci mata dan melihat pemandangan. Manalah tahu dari situ kita boleh dapat ilham kan?
  • Tolong ibu bapa - Masa kelapangan ini lah kita boleh bantu ibu dan ayah kita kat rumah. Nanti sudah sibuk, masa anda akan terbatas. Jadi manfaatkan lah untuk buat apa yang patut. Tapi ingat, jangan pula sampai lupa keluarga ketika sibuk bekerja :)
  • Lakukan apa yang anda minat – Anda mesti ada hobi kan? So kalau bosan tu, boleh la lakukan atau menatap hobi-hobi anda tu ^^
  • Cari pendapatan sampingan – Tiada yang mustahil dalam dunia ini. Meskipun anda menganggur, ana boleh cari duit sampingan. Contohnya, menulis pun boleh jana pendapatan. Banyak lagi bisnes yang boleh dibuat melalui online tapi pastikan ia betul bukan scammer.
Redha Dengan Ketentuan Allah
Selain dari melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya,
setiap orang mukmin hendaklah redha dengan segala apa yang telah ditentukan
oleh Allah swt. Mereka hendaklah redha dengan hukum-hukum yang telah
ditetapkan olehNya. Dalam hal ini Allah berfirman:
“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan
yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan,
akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka.”  (Al Ahzab :
36 )Di samping itu setiap mukmin hendaklah redha dengan apa-apa yang telah ditakdirkan Allah kepadanya. Firman Allah: 
“Dan janganlah kamu irihati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada
sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi
orang-orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan
bagi wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”  (An-Nisaa’ : 32)
Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tidak ada yang sempurna keinginan mereka. Ada yang kaya dan ada yang miskin; ada yang bijak dan ada juga yang tidak bijak. Ada pula yang datangnya dari keluarga
yang bahagia, mendapat layanan yang sebaik-baiknya daripada ibubapa ataupun anak-anak serta anggota keluarga yang lain. Sebaliknya ada juga manusia yang berasal dari keluarga yang kucau-kacir yang sering memeningkan kepalanya. Di samping itu ada berbagai perkara memuaskan yang dimiliki oleh sebahagian manusia yang tidak dipunyai oleh sebahagian yang lain. Walau bagaimanapun setiap daripada orang mukmin hendaklah redha dengan setiap apa yang dimilikinya. 
Selain dari itu setiap mukmin juga hendaklah redha dengan bala musibah yang
diujikan kepada mereka. Sememangnya bala musibah sering menimpa orang-orang yang sedang berjalan menuju Allah. Ianya merupakan ujian ke atas seseorang insan, atau sebagai kaffarah dosa, atau sebagai penambah amalnya. Mungkin juga ujian itu sebagai peringatan kepadanya agar segera berhubung dengan Allah. Alangkah sempitnya akal seseorang insan sehingga tidak memahami adanya hikmah dan rahmat kurnia Allah dalam bala musibah itu. Tentunya itu kerana lemah keimanan dan tidak ada baik sangka terhadap Allah swt yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Bukankah seorang yang menuntut kemuliaan dari Allah harus tidak tahu
bersungut dan terlalu cerewet dengan takdir yang telah ditentukan kepadanya?
Dia harus menerimanya dengan hati yang tenang dan redha, tidak kira apa
sahaja corak takdir yang menimpa. Bukankah Allah swt telah berfirman:
“Setiap yang berjiwa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan
keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan hanya kepada Kamilah kamu
dikembalikan.”  (Al Anbiyaa’ : 35)
“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu.”
(Muhammad : 31)
Sekiranya kita tidak bersabar dan redha sebaliknya memberontak dan berpaling
di saat mendapat bala musibah tetapi menerima kenikmatan dengan tamak dan
rakus maka jelaslah perihal diri kita terhadap diri sendiri. Betapa lemahnya
benteng keimanan lantaran tidak teguh di dalam menghadapi ujian sedemikian.
Seandainya kita bersabar dan redha maka itulah sifat yang amat
dicita-citakan. Dalam hal ini Allah swt di dalam Al-Quran berfirman:


“Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang
yang sabar dan tidak dianugerah melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.”
(Fushshilat : 35)
Hanya orang yang sabar dan redha dengan ujian Allah sahajalah yang akan
berjaya di dalam perjalanan ini. Mereka sering mendapat kelebihan kurnia dan
kebesaran daripada Allah pada saat-saat bala musibah itu, yang kadang-kadang
tidak bisa didapati dengan sembahyang dan puasa.

sahabat sejati kekalkan ukhwah bersama

Sahabat yang sejati ibarat tangan dan mata apabila tangan sakit ,mata akan menangis dan apabila mata menangis,tangan akan menyesat air matanya begitulah perumpamaan sahabat yang menjadi teman kita disaat suka dan duka..
Didunia ini semua adalah kawan dan saudara kita tetapi sahabat adalah 1diantara 1000.sahabat begitu sukar dicari dan kita mungkin terlepas pandang daripadanya sekiranya kita tidak menilai dengan mata hati kita  jangan pandang kesalahan orang kerana tidak ada manusia yang sempurna ,kebaikan dia adalah terlebih penting daripada kekurangan yang dia miliki .
Fahamlah wahai si pembaca ,persahabatan itu adalah penting dan begitu menilai .Apa gunanya sahabat sekirannya masalah yang kita hadapi tidak dikongsi bersama ,apa gunanya sahabat  sekiranya dia tidak sudi mendengar masalah kita ..Walaupun dia tidak dapat hendak selesaikan masalah kita ,tetapi dia sudi berkongsi rasa duka yang ditanggung sendiri oleh hatimu.
Tatkala hatimu terasa lara ,dialah yang menyirami hatimu dengan harapan dan kegirangan ,tatkala yang meniupkan semangat,tatkala tiada seorang pun yang sudi mendengar masalahmu dialah yang menjadi tempatmu meluahkan ..Begitulah ciri-ciri sahabat yang perlu dicari ,Walaupun dia tersasar di tengah–tengah lautan, hulurkanlah bantuan kerana dia adalah 1 dalam 1000.kita perlu menjadi cerewat dalam memilih sahabat kerana dia adalah sumber inspirasi hidup kita.

Bagaimana Hadzrat Abu Bakar R.A.H.U menjadi sahabat yang sejati kepada Nabi Muhammad S.A.W .Beliau menemani Nabi Muhammad S.A.W ketika turunnya perintah Allah supaya berhijrah ke madinah akibat penyeksaan orang musyrikin terhadap orang-orang islam di kota mekkah walaupun penghijrahan tersebut mengambil masa beberapa hari yang lama tetapi Hadzrat Abu Bakar R.A.H.U tetap setia disamping Rasul yang mulia.
Alangkah sepinya hidup ini tanpa senyum ,gelak ketawa ..Alangkah kosongnya hidup ini tanpa kenangan untuk di kenang..Alangkah malapnya hatimu tanpa dorongan  dan semangat insan yang bernama sahabat ..Akhir kata hamba yang lemah ini…syukurilah dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan Yang Maha Luas kurniaanya kerana dia yang lebih tahu tentang segala yang ada di muka buminya.

Kerana Selembar Bulu Mata, Kita Ke Syurga


air-mata-membawa-ke-syurga1
Assalamualaikum,
Semoga kisah ini memberi iktibar dan kesedaran kepada kita yang banyak
dosa ini... Selembar Bulu Mata…Diceritakan di Hari Pembalasan kelak,
ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah,
mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat.Tetapi dia
berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar.
Saya tidak melakukan semua itu.""Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau
betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab
malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap
penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg
sedang berdiri.
Di situ hanya ada dia sendirian.Makanya ia pun
menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tidak ada
siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu,"ujar malaikat.
Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi." Disusul oleh
telinga,"Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya
yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah,
"Saya yang mengisap." Tangan meneruskan,"Saya yang meraba dan meremas.
" Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan." "Nah kalau
kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang
perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.Orang tersebut tidak dapat membuka
sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi
bakal dimasukkan ke dalam jahanam.Padahal,rasa-rasanya ia telah
terbebas dari tuduhan dosa itu.



Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu,
sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu
matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi.
""Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja,menjelang ajalnya,
pada suatu tengah malam yg lengang,aku pernah dibasahinya dengan air
mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah
nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian
bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air
matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka
saya, selembar bulu matanya,berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah
melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.
" Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di
bebaskandari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar
suara bergaungkepada para penghuni syurga: "Lihatlah, Hamba Tuhan
ini masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu mata."

Cara Menghadapi Situasi Orang Sakit Nazak

Orang-Sakit-Nazak
Pendahuluan
Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.
Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.
Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya.
Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.
Sejajar dengan itu maka terbitlah risalah kecil ini bagi memberikan sedikit bimbingan dan panduan. Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti.
Dengan adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.
Melawat Orang Yang Sakit
Hadis Rasulullah saw bersabda mafhumnya :
“Apabila kamu ziarahi orang sakit atau orang yang hampir mati, hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik, kerana sesungguhnya Malaikat mengucap Amin terhadap apa yang kamu katakan itu.”
Hukum melawat orang sakit
Adalah fardhu kifayah melawat orang yang sakit menurut jumhur pendapat ulamak. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra mafhumnya :
“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin”. (Hadith Riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Adab Menziarahi Pesakit
1. Lawatan ke tempat orang sakit hendaklah tidak makan masa yang lama.
2. Sunat duduk berhampiran dengan kepalanya.
3. Berdoalah untuk pesakit agar dia sembuh. Di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah : Bahawa Rasulullah saw biasa memohon perlindungan bagi sebahagian keluarga baginda. Disapukan dengan tangan kanannya lalu berkata : “Ya Allah wahai tuhan bagi sekelian manusia, lenyapkanlah penderitaan dan sembuhkanlah, kerana engkau yang dapat menyembuhkan. Tidak ada penyembuh kecuali penyembuhmu. Yakni penyembuh yang tidak meninggalkan penyakit lagi”.
4. Berilah kata-kata semangat kepada orang yang sakit dan gembirakan dia.
5. Menziarahi di waktu-waktu yang sesuai serta mengelakkan daripada waktu-waktu senja, makan dan lewat malam.
6. Sekiranya ia berhutang segera jelaskan hutangnya (mengingatinya).
Tanda-tanda Orang Yang Hampir Ajal
1. Tunduk hidungnya (hidungnya jatuh).
2. Pucat/hilang cahaya mukanya.
3. Lurus kakinya (lurus tapak kakinya).
4. Tumitnya lembut.
5. Renggang pergelangan tangannya dan juga sendi-sendinya.
Adab Menziarahi Orang Yang Hampir ajal (sedang nazak)
1. Menghalakan pesakit yang nazak ke arah kiblat.
2. Talqin/peringatan kepadanya.
3. Ajarkan dia mengucap kalimah لا اله الا الله tidak usah ditambah dengan kalimah محمد رسول الله .
4. Bacalah Surah Yasin dengan nyaring dan Surah Ar-Ra’du dengan perlahan.
5. Sunat menitiskan air ke dalam mulut sekiranya terdapat tanda-tanda pesakit dahaga.
Hikmah Menziarahi Orang Sakit
Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya ialah :
1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.
2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah.
3. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan samada secara sedar ataupun tidak.
Kedatangan Sakaratul Maut
Rasulullah saw bersabda mafhumnya :
“Tidak akan keluar nyawa seseorang mukmin sebelum ia melihat tempatnya dalam syurga dan tidak keluar nyawa seseorang kafir sebelum dia melihat tempatnya di dalam neraka”.
Beredar Roh Pada Jasad
1. Hujung kaki ke lutut.
2. Lutut ke pusat.
3. Pusat ke dada.
4. Dada ke leher (halkum).
Keadaan Malaikat Maut Ketika Mencabut Nyawa
Keadaan Malaikat Maut terhadap orang yang sudah sampai masanya menemui Allah swt akan menemui 2 keadaan :
1. Yang beriman (keadaannya dengan rupa yang mengembirakan).
2. Yang tidak beriman (keadaannya dengan rupa yang menakutkan dengan keadaan demikian kesakitan orang yang hampir mati tidak dapat dirasai oleh orang lain melaikan kepada mereka yang merasainya sahaja.
3. Beberapa ulamak berpendapat : “Bahawa mati itu terlebih sangat kesakitannya daripada seribu palu dengan pedang dan terlebih sakit daripada gergaji dengan beberapa gergajinya dan terlebih sakit daripada gunting dengan beberapa gunting”.
Perkara Sunat Selepas Kematian.
1. Mengingati tempat kembali, berdoa dan bersabar.
2. Sunat diucapkan : “Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadanya kita akan dikembalikan”.
3. Memberi ucapan takziyah (menyabar) menghibur orang yang ditimpa musibah dengan mengebut hal-hal yang dapat menghilangkan duka. Doa Takziyah : “Moga-moga Allah swt menagndakan pahalamu dan memberi takziyah yang baik kepadamu serta mengampunkan yang mati itu”.
4. Apabila sudah hilang nyawa wajiblah dipejamkan matanya dan dirapatkan mulutnya jika terbuka, dengan cermat. Kemudian diikatkan dagunya untuk memelihara daripada dimasuki serangga. Doanya ialah : “Ya Allah Ya Tuhan kami ampunkanlah dia, Ya Allah Ya Tuhan kami rahmatilah dia”.
5. Hendaklah diletakkan mayat di tempat yang sesuai. Sebaik-baiknya di atas katil dengan keadaan melentang mengarah ke qiblat.
6. Salinkan pakaian yang dipakai dengan pakaian yang bersih supaya tidak terbuka auratnya.
7. Letakkan sesuatu di atas perut untuk mengelak dari kembong perutnya.
8. Harus bagi ahli keluarganya menciumnya (ijmak para sahabat).
9. Ahli keluarga yang mampu segera tunaikan hutang si mati sekiranya ia menangguhkan hutang, sama ada dibayar dari harta peninggalan si mati atau atas pertolongan waris, kerana pada suatu ketika Rasulullah saw enggan menyembahyang ke atas jenazah yang mempunyai hutang sehingga dibayar hutangnya dan ditunaikan wasiatnya.
10. Segerakan pengurusan jenazah tersebut. Dari Ali Bin Abi Talib, Sabda Rasulullah saw mahfumnya : “Wahai Ali tiga perkara yang tidak boleh engkau lambatkan, sembahyang apabila masuk waktunya, kebumikan jenazah apabila sudah sedia dan nikahkan anak dara apabila ada jodohnya”.
11. Mengumumkan kematiannya, kepada sahabat handai dan golongan orang-orang yang soleh agar segera menguruskannya.
12. Diharamkan ratapan, meraung, menjerit dan diharuskan menangis.
13. Diharamkan berkabung melebihi tiga hari.
Sunat Menyediakan Makanan Bagi Keluarga Yang Meninggal
Perbuatan ini disunatkan, kerana ia merupakan kewajipan dan pendekatan diri kepada keluarga mayat dan tetangga. Berkata Imam Syafi’e : “Sebaiknya dibuat makanan buat keluarga mayat cukup untuk mengenyangkan mereka selama satu hari satu malam, kerana itu adalah sunat dan merupakan perbuatan orang yang berbudi”. Sabda Rasulullah saw :
“Buatkanlah makanan bagi keluarga Ja’afar, kerana mereka sedang ditimpa musibah yang memilukan”. (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Turmizi)
Para Imam memandang makruh hukumnya jika keluarga mayat menyediakan makanan buat orang yang datang kerana hal ini menambahkan kemalangan mereka, serta meniru perbuatan orang-orang Jahiliah.
Adalah menjadi kewajipan ke atas ahli keluarganya yang terdekat (warisnya) untuk menguruskan jenazah. Seperti memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan menguburkan jenazah mengikut peraturan-peraturan dan cara-cara yang telah ditetapkan oleh syarak.

Selasa, 28 Januari 2014

BAHAYA AJINIMOTO

Selalu kita dengar ibu atau isteri mengarahkan kita supaya menambah sedikit ajinomoto untuk kasi lazat lagi itu masakan. Itupun kalau para bapa yang disuruh oleh isteri untuk masak. Jikalau isteri yang masak, pernahkah kita cakap “kasi tambah sikit tu ajinomoto supaya sedap sayang!”


Demikianlah pendahuluan kepentingan ajinomoto atau Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam memujuk hati segenap surirumah supaya melazatkan lagi makanan mereka. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’ setia di dapur.

Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri?

Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yang diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.

Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.

Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.

Inisiatif terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan mengelakkan penggunaan MSG, dan menggantikannya dengan bahan perasa asli. Surirumah dan peniaga tidak perlu bimbang tentang kualiti rasa makanan, kerana kebanyakkan masakan tempatan sudah sememangnya kaya dengan ‘rasa tersendiri’ dari penggunaan pelbagai jenis herba dan rempah-ratus

Isnin, 20 Januari 2014




Tiga Kaedah BERKESAN Mengawal Emosi Marah

Bagaimana hendak mengawal dan mengatasi sikap panas baran yang ada dalam diri saya
Ketika saya berdepan dengan sesuatu hal, saya mampu bersabar pada mulanya, tetapi akhirnya saya tewas juga.
Kesabaran saya hanya dapat bertahan sekejap sahaja sungguhpun saya ada juga beristigfar ..Sesungguhnya kemarahan akan  mengumpulkan segala keburukan.
Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti muka menjadi merah, urat – urat leher menegang, tubuh seakan – akan mengigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk samada mengutuk atau mengeji.Selain itu, akibat daripada emosi marah tanpa kawalan, seseorang itu boleh bertindak memukul, menumbuk atau membunuh.Mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain dan akhirnya mewujudkan permusuhan serta kebencian.

Emosi Marah ..Walaupun emosi marah adalah sifat semula jadi kita, namun seorang muslim hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala perkara yang boleh menyebabkan kemarahan..Saya ingin mencadangkan supaya kita mengamalkan tiga langkah kebijaksanaan atau tiga kaedah mengawal emosi marah supaya stabil.Kemarahan selalunya berpunca daripada kegagalan kita mengawal emosi, emosi marah.Pelbagai dugaan hidup akan melahirkan pelbagai emosi dalam diri kita yang kadang – kadang membuatkan emosi tidak menentu.

Mengawal emosi marah : Banyakkan Minum Air Kosong

Tiga langkah bertenang yang pertama adalah; banyakkan minum air kosong. Jika pakar kesihatan menyarankan kita supaya minum air lapan gelas sehari, seboleh mungkin capailah angka ini. 
Mengapa? Kerana air memang akan menenangkan dan menyejukkan. Syaitan dijadikan daripada api, maka siramlah api yang berada dalam badan dengan air.Jangan lupa baca Bismillahirrahmanirrahim setiap kali hendak minum air...Selain itu, jika dapat berwudhuk adalah lebih baik....Mohon kepada Allah agar api kemarahan yang sedang menyala di dalam diri menjadi kecil dan akhirnya terpadam. Biar terhapus emosi marah tersebut.
Mengawal emosi marah : Memakai Pewangi Setiap Masa
Kedua, amalkan memakai pewangi setiap masa.Wangikan tubuh dan kawasan persekitaran. Kewangian akan membawa emosi marah kembali stabil manakala bau yang busuk pula boleh menyebabkan kita cepat marah.Tanpa sebarangan wangian memanglah tiada apa – apa, tetapi jika wangi dapat merangsang diri untuk lebih tenang dan bijaksana

Mengawal Emosi Marah : Amalkan Teknik “Pause”

Konsep pause adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan. Konsep ini mendekatkan kita kepada tindakan secara rasional. Menjadi penyabar semasa marah adalah jalan terbaik. Tetapi kadangkala kita lupa sebenarnya bergerak ke satu kesabaran itu memerlukan kita pantas merasionalkan diri kita. Oleh itu, konsep “pause” boleh digunakan bagi membantu diri menjadi rasional semasa marah.Aplikasi konsep pause mudah sahaja. Kita hanya perlu melakukan dua perkara iaitu..
1) Dia
2) BerfikiR 
Semasa kita dimarahi juga, kita perlu melakukan dua perkara diatas.Langkah yang pertama, kita perlu diam. Kuasa diam begitu besar kerana secara tidak langsung ia mampu menerbitkan kesabaran akibat dari permulaan kita melakukan tindakan kedua iaitu berfikir.Langkah kedua yang perlu dilakukan untuk mengawal marah ialah berhenti sejenak dan berfikir.
1. Mengapa aku perlu marah
2. Apakah kesan kemarahan aku nanti?
3. Bagaimana pandangan Allah kepada aku?
Sekiranya persoalan – persoalan ini diteliti, ia mampu mengembalikan kita kepada realiti keadaan sebenar. Kita kembalikan diri kita kepada beberapa aspek rasional diri dan kesannya kita akan tersedar dari minda separa sedar semasa marah. Lalu akan terbit rasa timbang rasa kepada pihak yang menerbitkan rasa marah kita itu.
Sir Walter Scot, seorang pengarang Scotland mengatakan bahawa “Timbang rasa adalah laksana lantai perak atau benang sutera yang mempertalikan hati dengan hati, akal dengan akal dan tubuh dengan jiwa.Oleh itu, konsep pause ini sedikit sebanyak mampu menerbitkan rasa sabar sebagai salah satu jalan mengurus perasaan marah yang meluap – luap itu. 

Konsep pause adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan. Konsep ini mendekatkan kita kepada tindakan secara rasional.Menjadi penyabar semasa marah adalah jalan terbaik. Tetapi kadangkala kita lupa sebenarnya bergerak ke satu kesabaran itu memerlukan kita pantas merasionalkan diri kita.Oleh itu, konsep “pause” boleh digunakan bagi membantu diri menjadi rasional semasa marah.

Semoga Allah menjadikan kita insan yang sangat tenang dan damai sepanjang usia yang masih berbaki. Tingkatkan amal ibadat dan basahkan bibir dengan zikrullah agar hati kita menjadi lebih lembut lagi tenang.La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
.
Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

Menenangkan hati Kecewa

Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura – pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura?Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa. Hati anda merasa tidak tenang. Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah. Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga.

1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al – Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat. Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hatiBagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..

2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.
** tips supaya mudah nak bangun **
- Berwudhuk sebelum tidur
- Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
- Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
 Kunci jam

3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung) Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.

Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa – Kekecewaan...Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)

5. Sentiasalah mengingati Allah


Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

Ahad, 19 Januari 2014

PETUA KURANGKAN SAKIT GIGI

heran bila time kanak2 dulu,bila sakit gigi tak pernah rasa seteruk mcm skrg...bayangkan sakit sampai rasa nk tumbuk2 dinding...malam2 asyik berdenyut2 ja sakit ni..sakit sampai ke kepala...bila sakit tu datang ku cuba bertahan x mau makan ubat,tp sakitnya dah smpai ke tahap bergegar kepala...adoii,bila dah tak tahan sgt,ku amik juga pil penahan sakit,sambil cuba utk tidor..tp sakit berdenyut2 tu masih terasa,mybe kesan ubat tu blum dpt dirasakan..selepas ku menggodek laptopku akhirnya jumpa juga petua utk kurangkan sakit...

Gigit tiga kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang,tumbuk cengkih dan isi di dalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas.




Petua 2:
Ambil isi lidah buaya dan diletakkan pada tempat yang sakit. 2-4 jam kemudian dapat menghentikan rasa sakit.




Petua 3:
Ambil satu sudu teh garam ke dalam secawan air hangat. Setelah melarut gunakanlah untuk berkumur sehingga sakit gigi reda.




Petua 4:
Ambil 10-15 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4 – 6 gelas sehingga mendidih. Sejukkan dan tapiskan.Berkumurlah dengan air daun sirih sehingga sakit gigi hilang.




Petua 5:
Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit.




Petua 6 :
Cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus untuk mengurangkan sakit gigi.




Petua 7 :
Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habatussauda), letakkan ke dalam gigi yang berlubang.




Petua 8:
Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.




Petua 9 :
Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang.




Petua 10 :
Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan ramuan tersebut ke dalam gigi berlubang.




Petua 11:
Ambil betik muda yang mempunyai banyak getah.Kemudian getah tersebut dititiskan pada lubang gigi yang sakit itu dengan menggunakan kapas.Elakkan daripada terkena lidah kerana ia akan menimbulkan rasa gatal sekiranya terkena.




Petua 12:
Ambil getah pokok kemboja dan letakkan ke dalam gigi yang berlubang. Jika gusi pula bengkak maka sapukan getah tadi di tempat yang bengkak.




Petua 13:Campurkan sedikit air suam dengan sedikit cuka. Berkumurlah dengan campuran tadi untuk mengurangkan sakit gigi.



Petua 14 :
Ambil kapas dan dijadikan bebola. Celupkan ke dalam minyak masak yang telah digunakan. Letakkan ke dalam piring lalu bakar kapas sekejap dan jangan sampai jadi abu. Padamkan api dan letakkan kapas tersebut ke dalam gigi yang berlubang. Perlu diberi perhatian jangan terkena gusi.






Petua 15:
Ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah untuk mengurangkan sakit gigi.




Petua 16:
Ambil akar senduduk putih direbus dan airnya digunakan untuk berkumur.




Petua 17 :
Ambil buah tomato muda kemudian dibelah dua, setelah itu masukkan tomato tadi sebahagian kecil ke dalam gigi anda yang sakit. Seandainya gigi anda dimakan ulat pasti ulatnya akan keluar dengan sendirinya. Dan tidak lama kemudian berkumur-kumurlah bila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai pasti anda tidak akan diulangi sakit gigi lagi.




Petua 18:
Letakkan campuran serbuk lada dan minyak bunga cengkih pada gusi dan gigi berlubang.




Petua 19:
Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit.Gambir akan mengebaskan gusi tapi jangan menggunakan banyak kerana akan mengebaskan seluruh mulut.




Petua 20 :
Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.




Petua 21 :
Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar ke dalam daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.




Petua 22:
Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama satu jam.




Petua 23:
Daun sirih yang sudah diletakkan minyak kelapa, dilayurkan atau dipanggangkan pada api, kemudian tampalkan pada pipi yang sakit itu, lakukan dua kali satu hari sampai tiga hari berturut-turut.




Petua 24 :
Ambil tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi. Garam dapat menahan pengaliran darah.




Petua 25:
Ambil sepotong kecil bawang merah dan tempatkan pada bahagian gigi yang sakit untuk meredakan gigi yang sedang sakit.Mengunyah bawang merah selama 3 minit dinyatakan cukup untuk membunuh semua kuman di mulut.