Selasa, 28 Januari 2014

BAHAYA AJINIMOTO

Selalu kita dengar ibu atau isteri mengarahkan kita supaya menambah sedikit ajinomoto untuk kasi lazat lagi itu masakan. Itupun kalau para bapa yang disuruh oleh isteri untuk masak. Jikalau isteri yang masak, pernahkah kita cakap “kasi tambah sikit tu ajinomoto supaya sedap sayang!”


Demikianlah pendahuluan kepentingan ajinomoto atau Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam memujuk hati segenap surirumah supaya melazatkan lagi makanan mereka. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’ setia di dapur.

Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri?

Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yang diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.

Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.

Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.

Inisiatif terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan mengelakkan penggunaan MSG, dan menggantikannya dengan bahan perasa asli. Surirumah dan peniaga tidak perlu bimbang tentang kualiti rasa makanan, kerana kebanyakkan masakan tempatan sudah sememangnya kaya dengan ‘rasa tersendiri’ dari penggunaan pelbagai jenis herba dan rempah-ratus

Isnin, 20 Januari 2014




Tiga Kaedah BERKESAN Mengawal Emosi Marah

Bagaimana hendak mengawal dan mengatasi sikap panas baran yang ada dalam diri saya
Ketika saya berdepan dengan sesuatu hal, saya mampu bersabar pada mulanya, tetapi akhirnya saya tewas juga.
Kesabaran saya hanya dapat bertahan sekejap sahaja sungguhpun saya ada juga beristigfar ..Sesungguhnya kemarahan akan  mengumpulkan segala keburukan.
Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti muka menjadi merah, urat – urat leher menegang, tubuh seakan – akan mengigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk samada mengutuk atau mengeji.Selain itu, akibat daripada emosi marah tanpa kawalan, seseorang itu boleh bertindak memukul, menumbuk atau membunuh.Mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain dan akhirnya mewujudkan permusuhan serta kebencian.

Emosi Marah ..Walaupun emosi marah adalah sifat semula jadi kita, namun seorang muslim hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala perkara yang boleh menyebabkan kemarahan..Saya ingin mencadangkan supaya kita mengamalkan tiga langkah kebijaksanaan atau tiga kaedah mengawal emosi marah supaya stabil.Kemarahan selalunya berpunca daripada kegagalan kita mengawal emosi, emosi marah.Pelbagai dugaan hidup akan melahirkan pelbagai emosi dalam diri kita yang kadang – kadang membuatkan emosi tidak menentu.

Mengawal emosi marah : Banyakkan Minum Air Kosong

Tiga langkah bertenang yang pertama adalah; banyakkan minum air kosong. Jika pakar kesihatan menyarankan kita supaya minum air lapan gelas sehari, seboleh mungkin capailah angka ini. 
Mengapa? Kerana air memang akan menenangkan dan menyejukkan. Syaitan dijadikan daripada api, maka siramlah api yang berada dalam badan dengan air.Jangan lupa baca Bismillahirrahmanirrahim setiap kali hendak minum air...Selain itu, jika dapat berwudhuk adalah lebih baik....Mohon kepada Allah agar api kemarahan yang sedang menyala di dalam diri menjadi kecil dan akhirnya terpadam. Biar terhapus emosi marah tersebut.
Mengawal emosi marah : Memakai Pewangi Setiap Masa
Kedua, amalkan memakai pewangi setiap masa.Wangikan tubuh dan kawasan persekitaran. Kewangian akan membawa emosi marah kembali stabil manakala bau yang busuk pula boleh menyebabkan kita cepat marah.Tanpa sebarangan wangian memanglah tiada apa – apa, tetapi jika wangi dapat merangsang diri untuk lebih tenang dan bijaksana

Mengawal Emosi Marah : Amalkan Teknik “Pause”

Konsep pause adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan. Konsep ini mendekatkan kita kepada tindakan secara rasional. Menjadi penyabar semasa marah adalah jalan terbaik. Tetapi kadangkala kita lupa sebenarnya bergerak ke satu kesabaran itu memerlukan kita pantas merasionalkan diri kita. Oleh itu, konsep “pause” boleh digunakan bagi membantu diri menjadi rasional semasa marah.Aplikasi konsep pause mudah sahaja. Kita hanya perlu melakukan dua perkara iaitu..
1) Dia
2) BerfikiR 
Semasa kita dimarahi juga, kita perlu melakukan dua perkara diatas.Langkah yang pertama, kita perlu diam. Kuasa diam begitu besar kerana secara tidak langsung ia mampu menerbitkan kesabaran akibat dari permulaan kita melakukan tindakan kedua iaitu berfikir.Langkah kedua yang perlu dilakukan untuk mengawal marah ialah berhenti sejenak dan berfikir.
1. Mengapa aku perlu marah
2. Apakah kesan kemarahan aku nanti?
3. Bagaimana pandangan Allah kepada aku?
Sekiranya persoalan – persoalan ini diteliti, ia mampu mengembalikan kita kepada realiti keadaan sebenar. Kita kembalikan diri kita kepada beberapa aspek rasional diri dan kesannya kita akan tersedar dari minda separa sedar semasa marah. Lalu akan terbit rasa timbang rasa kepada pihak yang menerbitkan rasa marah kita itu.
Sir Walter Scot, seorang pengarang Scotland mengatakan bahawa “Timbang rasa adalah laksana lantai perak atau benang sutera yang mempertalikan hati dengan hati, akal dengan akal dan tubuh dengan jiwa.Oleh itu, konsep pause ini sedikit sebanyak mampu menerbitkan rasa sabar sebagai salah satu jalan mengurus perasaan marah yang meluap – luap itu. 

Konsep pause adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan. Konsep ini mendekatkan kita kepada tindakan secara rasional.Menjadi penyabar semasa marah adalah jalan terbaik. Tetapi kadangkala kita lupa sebenarnya bergerak ke satu kesabaran itu memerlukan kita pantas merasionalkan diri kita.Oleh itu, konsep “pause” boleh digunakan bagi membantu diri menjadi rasional semasa marah.

Semoga Allah menjadikan kita insan yang sangat tenang dan damai sepanjang usia yang masih berbaki. Tingkatkan amal ibadat dan basahkan bibir dengan zikrullah agar hati kita menjadi lebih lembut lagi tenang.La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
.
Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

Menenangkan hati Kecewa

Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura – pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura?Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa. Hati anda merasa tidak tenang. Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah. Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga.

1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al – Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat. Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hatiBagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..

2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.
** tips supaya mudah nak bangun **
- Berwudhuk sebelum tidur
- Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
- Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
 Kunci jam

3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung) Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.

Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa – Kekecewaan...Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)

5. Sentiasalah mengingati Allah


Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

Ahad, 19 Januari 2014

PETUA KURANGKAN SAKIT GIGI

heran bila time kanak2 dulu,bila sakit gigi tak pernah rasa seteruk mcm skrg...bayangkan sakit sampai rasa nk tumbuk2 dinding...malam2 asyik berdenyut2 ja sakit ni..sakit sampai ke kepala...bila sakit tu datang ku cuba bertahan x mau makan ubat,tp sakitnya dah smpai ke tahap bergegar kepala...adoii,bila dah tak tahan sgt,ku amik juga pil penahan sakit,sambil cuba utk tidor..tp sakit berdenyut2 tu masih terasa,mybe kesan ubat tu blum dpt dirasakan..selepas ku menggodek laptopku akhirnya jumpa juga petua utk kurangkan sakit...

Gigit tiga kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang,tumbuk cengkih dan isi di dalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas.




Petua 2:
Ambil isi lidah buaya dan diletakkan pada tempat yang sakit. 2-4 jam kemudian dapat menghentikan rasa sakit.




Petua 3:
Ambil satu sudu teh garam ke dalam secawan air hangat. Setelah melarut gunakanlah untuk berkumur sehingga sakit gigi reda.




Petua 4:
Ambil 10-15 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4 – 6 gelas sehingga mendidih. Sejukkan dan tapiskan.Berkumurlah dengan air daun sirih sehingga sakit gigi hilang.




Petua 5:
Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit.




Petua 6 :
Cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus untuk mengurangkan sakit gigi.




Petua 7 :
Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habatussauda), letakkan ke dalam gigi yang berlubang.




Petua 8:
Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.




Petua 9 :
Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang.




Petua 10 :
Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan ramuan tersebut ke dalam gigi berlubang.




Petua 11:
Ambil betik muda yang mempunyai banyak getah.Kemudian getah tersebut dititiskan pada lubang gigi yang sakit itu dengan menggunakan kapas.Elakkan daripada terkena lidah kerana ia akan menimbulkan rasa gatal sekiranya terkena.




Petua 12:
Ambil getah pokok kemboja dan letakkan ke dalam gigi yang berlubang. Jika gusi pula bengkak maka sapukan getah tadi di tempat yang bengkak.




Petua 13:Campurkan sedikit air suam dengan sedikit cuka. Berkumurlah dengan campuran tadi untuk mengurangkan sakit gigi.



Petua 14 :
Ambil kapas dan dijadikan bebola. Celupkan ke dalam minyak masak yang telah digunakan. Letakkan ke dalam piring lalu bakar kapas sekejap dan jangan sampai jadi abu. Padamkan api dan letakkan kapas tersebut ke dalam gigi yang berlubang. Perlu diberi perhatian jangan terkena gusi.






Petua 15:
Ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah untuk mengurangkan sakit gigi.




Petua 16:
Ambil akar senduduk putih direbus dan airnya digunakan untuk berkumur.




Petua 17 :
Ambil buah tomato muda kemudian dibelah dua, setelah itu masukkan tomato tadi sebahagian kecil ke dalam gigi anda yang sakit. Seandainya gigi anda dimakan ulat pasti ulatnya akan keluar dengan sendirinya. Dan tidak lama kemudian berkumur-kumurlah bila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai pasti anda tidak akan diulangi sakit gigi lagi.




Petua 18:
Letakkan campuran serbuk lada dan minyak bunga cengkih pada gusi dan gigi berlubang.




Petua 19:
Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit.Gambir akan mengebaskan gusi tapi jangan menggunakan banyak kerana akan mengebaskan seluruh mulut.




Petua 20 :
Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.




Petua 21 :
Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar ke dalam daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.




Petua 22:
Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama satu jam.




Petua 23:
Daun sirih yang sudah diletakkan minyak kelapa, dilayurkan atau dipanggangkan pada api, kemudian tampalkan pada pipi yang sakit itu, lakukan dua kali satu hari sampai tiga hari berturut-turut.




Petua 24 :
Ambil tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi. Garam dapat menahan pengaliran darah.




Petua 25:
Ambil sepotong kecil bawang merah dan tempatkan pada bahagian gigi yang sakit untuk meredakan gigi yang sedang sakit.Mengunyah bawang merah selama 3 minit dinyatakan cukup untuk membunuh semua kuman di mulut.

sinopsis Ariana ROse

Ariana Rose Episode 1 
Tengku Adam duduk tidak jauh dari bakal isterinya Juwita dan dia menantikan dengan tenang detik untuk dinikahkan. Tengku Adam ternampak seorang perempuan yang cantik dan hamil masuk ke dalam ruang tamu rumah. 


Ariana Rose Episode 2
Adam tidak lena tidur memikirkan siapakah perempuan yang cantik yang datang pada hari pernikahannya dengan dua pupunya Juwita itu. Hilmi, pengawal peribadinya dikerahkan untuk mencari maklumat perempuan misteri itu.


Ariana Rose Episode 3
Ariana ketakutan tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa bila Tengku Adam arahkan Ariana masuk ke dalam Hummernya. Ariana sedar kini dia diculik dan macam macam kemungkinan bremain di fikirkannya. 


Ariana Rose Episode 4
Masih di Cameron Highland, Ariana bermain dengan perasaan sendiri bagaimana dia boleh hamil sedangkan dia tidak pernah disentuh oleh lelaki. Adam pula sedang mengira2, siapa wanita yang ditidurinya 3 bulan lepas.


Ariana Rose Episode 5
Ariana menangisi dan menyesali perbuatannya sendiri yang menyebabkan perkara ini terjadi kepadanya. Adam pula menyalahkan Ariana dan kata Adam, Ariana yang mulakan permainan ini. 


Ariana Rose Episode 6
Ariana kini menumpukan tugasnya di pejabat terutamanya untuk persiapan Majlis Makan Malam Amal untuk Anak Yatim Dato; Seri Zahra. Pada masa lain pula, Adriana laukan aktiviti lain demi mengisi masa lapangnya.


Ariana Rose Episode 7
Ariana terkejut dengan kehadiran Adam dan dia bertindak agresif untuk lindungi dirinya. Selepas berjaya selamatkan dirinya dari Adam, Ariana bermalam di rumah rakannya, Lailatul. 


Ariana Rose Episode 8
Memang Ariana Rose. Perbualan Ariana Rose dengan Faizul membuatkan Adam rasa geram. Dia yang memang kaki betina tahu sangat cara lelaki nak mengayat perempuan.


Ariana Rose Episode 9

Adam curi dengar perbualan Ariana dan ibunya dan bila Datin Asra tanyakan kalau2 yang jawab itu adalah boyfriendnya, Ariana nafikan. Malah Ariana jelaskan yang Adam adalah budak cacat akal yang baru mendaftar. Tersentap Adam. 


Ariana Rose Episode 10
Ariana terpaksa akur bila Adam bawanya ke Ritz carlton. Ariana lagi rela ke sana dari pergi ke kondo Adam. Tetapi Ariana gabra jugaklah bila melihat makanan yang diorder oleh Adam. 


Ariana Rose Episode 11
Adam kagum melihat semangat Ariana yang mahu selamatkan Linda. Sehabis kes di balaipolis, Hilmi dan Dolman diminta untuk lindungi Linda. Ariana rasa terhutang budi. pada masa yang sama,Adam buat perbandingan dengan dirinya yang sangat beruntung. 


Ariana Rose Episode 12
Ariana memohon cuti kerana perlu pulang ke kampung pada hari Jumaat nanti. Harith pula mengajaknya untuk menghadirkan diri ke majlis makan malam amal pada hari rabu dan menawarkan diri untuk menjemput Ariana di rumahnya nanti.


Ariana Rose Episode 13
Semasa menghadiri majlis makan malam yang diajak oleh harith, Harith telah perkenalkan Ariana sebagai datenya kepada Ramzul dan Liyana. Semasa di majlis tersebut barulah Ariana sedar yang dia adalah gadis pertama yang dibawa oleh Harith ke Majlis. 


Ariana Rose Episode 14
Tengku Adam bagaikan hilang pertimbangan dan menuduh Ariana sebagai perempuan yang paling hina kerana menjadi perempuan Ramzul, perempuan Harith. 


Ariana Rose Episode 15
Di airport, Encik Hussin risau bila melihat keadaan Ariana yang cedera dan melihatkan reaksi Ariana, Encik Hussin tahu yang Ariana bermasalah. Malah Ariana juga memaklumkan yang dia akan menetap di Kelantan selepas ini.


Ariana Rose Episode 16
Tengku Mukhriz yang memang dah tahu galak sakat tengku Adam, “Iya, dengan Roselah ni”. Sebaliknya Tengku Adam jelaskan yang Ariana rose adalah anak kepada seorang peniaga pasar malam dan Ariana juga adalah seorang kerani biasa, 


Ariana Rose Episode 17
Selesai majlis, Ariana berkenalan dengan keluarga tunangnya. Dia gembira kerana mereka baik. Bakal ibu mertuanya pula mahu Ariana panggilnya mummy sahaja. 


Ariana Rose Episode 18
Tengku Adam cuba pancing maklumat daripada Hidayu dan daripada itu tahulah dia yang Ariana ada 2 number. Bagaimanapun, dari pancingannya itu juga Tengku Adam dapat korek yang Ariana baru sahaja bertunang.


Ariana Rose Episode 19
Ariana ke pejabat untuk serahkan dokumen kepada pihak pengurusan. Ramai rakan terkejut melihat perubahan Ariana dan tetapi Ariana maklumkan yang dia sudha memilih untuk berhijrah dan membuat persediaan untuk berkahwin. 


Ariana Rose Episode 20Thoriq nasihati tengku Adam supaya bertaubat dan beritahu rakannya supaya pergi ke Mekah. Tengku Adam bersetuju dan dia juga tidak mahu buat Ariana bencinya dengan ugutan lagi. Tanpa banyak fikir, tengku Adam bersetuju. 





Sabtu, 18 Januari 2014

kesan maggie pada kesihatan

 Kesan Makan Maggi Pada Kesihatan. Maggi sangat beracun lebih dari syabu




Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:http://www.carigold.com/portal/forums/images/smilies/surprise.gif

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

1)
 Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2)
 Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3)
 Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4)
 Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5)
 BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6)
 Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7)
 Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8)
 Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9
) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10)
 Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.



Kerosakan buah pinggang disebabkan pemakanan yang tidak sihat.
anda nampak apa yang berlaku dalam tubuh anda?







Jumaat, 17 Januari 2014

10 cara mudah bersalin


10 Cara mudah bersalin normal Cara ini bagi ibu-ibu yang disahkan boleh bersalin secara normal oleh doktor. Nor ada amalkan semasa mengandung anak pertama. Alhamdulillah mudah bersalin. 1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan 2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan. 3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan 4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri 5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah. 6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan. 7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu :). Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku. 8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang. 9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar. 10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor. Salah satunya seperti di bawah : 1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka. 2. Angkat kepala, dagu cecah dada. 3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata) 4. Tangan pegang buku lali kaki 5. Masa teran jangan keluarkan suara. 6. Masa teran jangan angkat punggung. 7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran. 8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby)


 .

10 Tip Mendidik Dan Melembutkan Hati Anak

10 Tip Mendidik Dan Melembutkan Hati Anak 


  • Tip-tip untuk semua Semua ibubapa mendambakan anak-anak yang soleh/solehah walaupun diri sendiri tidah soleh/solehah. Apatah lagi sekiranya ibubapa itu sendiri sudah memang orang yang beriman, teramat-amatlah sedih sekiranya anak-anak yang dididik dengan sebaik didikan agama tapi di zaman remajanya berubah perangai dan berubah haluan. Berusaha berikhtiarlah secara berterusan untuk mendidik anak, agar suatu hari nanti menjadi orang yang soleh/solehah yang dapat membantu kita apabila kita sudah dialam akhirat. Jangan jemu. Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga. 1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya. 2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) dan ucapan ini adalah DOA. Allah Maha mendengar lagi maha melihat. 3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan Kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya. 4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti. 5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya. 6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau. 7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita. Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam drama pun boleh . 8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita,anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.] 9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka. 10. Masa basuh beras niatkan; "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku (sebut nama dia).....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu. Selamat beramal.. Tip-tip untuk semua

Khamis, 16 Januari 2014

Assalamualaikum.
Sekarang fenomena ArianaRose diadaptasi dr novel THE WEDDING BREAKER karya penulis novel yg paling aku minati iaitu Evelyn Rose...disebabkan terlalu minat drama ni,aku sanggup turun ke KL semata2 nak jumpa penulis novel ni...rezki paling best dpt jumpa pelakon utk drama ni,sayangkan hero utama x dpt datang disebabkan baru mengalami kemalangan....
Sejak fenomena ArianaRose bermula..hidup seluruh wanita kt msia ni makin x keruan,termasuk aku..bayangkan novel ni sejak aku beli pada pertengahan thn 2013,aku teruja dan jatuh cinta pada watak utama Tengku Adam Kamil dan heroin ArianaRose..sedangkan pada waktu itu,novel tu baru diwar-warkan akan diadaptasi..pada waktu itu watak utama Tengku adam kamil nak diberikan kepada Aiman Hakim,,lepas tu bertukar kepada Farid Kamil...ada juga terdengar mcm ADIPUTRA pon ada termasuk dlm list...dan akhirnya setelah ku meninjau IG ziela jalil,baru tau sapakah sebenar pemegang watak tu...semua org terkejut termasuk aku,sbb hero tu adalah org bukan ISLAM...tapi yg pasti hero tersebut mmg amat famous di negara jiran kita Indonesia...tp pada waktu yg sama drama dia Jodoh Itu mILIK kita dan Love U mR aRROGANT sedang ditayangkan...berdasarkan bakat yg ada,ku pasti dia akan boleh mmbawa watak tersebut berdasrkan pengalaman dia bekerja di Indonesia yg rmajoriti penduduk disana beragama ISlam...so budaya mereka dan negara kita adalah sama sebab serumpun...heroin Fathia tu bagiku juga sesuai..sbb byk juga lakonan dia berjaya menambat hati penonton terutama Diandra..apapon setelah eps 1 lagi drama ni dimulakan,setiap hari mmg trending habiss..bayangkan sampai 24 jam trending drama ni..sgt2 mmberangsangkan..kedua2 pelakon mmberi sepenuh perhatian dan sepenuh perasaan utk menghayati watak..sya rasa amat berbangga dgn keith,walaupon dia non muslim tapi dia berjaya menghayati watak tersebut seolah2 mcm dia muslim...skrg sudah eps 12,byk adegan yg main mncabar dan merentap jantung semua kaum wanita dimsia ni...

ini adalah penulis novel THEWEDDINGBREAKER...sgt cantik orgnyaaa